13 penduduk Tebing Barat dan al-Quds diculik

RAMALLAH, 4 Ogos 2016 (PIC) — Sekurang-kurangnya 13 penduduk Palestin diculik di Tebing Barat dan al-Quds sepanjang malam Rabu sehingga pagi Khamis.

Lapan daripada mereka diculik dari al-Quds, termasuk pekerja projek membaik pulih Masjid al-Aqsa.

Dua lagi diculik di kem pelarian Akbat Jabr di Jericho. Dua yang lain diculik dari wilayah al-Khalil dan Jenin.

Kempen menangkap penduduk Palestin memuncak dengan tindakan tentera Zionis menculik seorang remaja Palestin di stesyen keretapi ringan al-Quds, atas tuduhan membawa pisau. Remaja berumur 17 tahun itu diheret ke sebuah pusat interogasi dan ditahan sehingga selesai siasatan lanjut.

Terdahulu pada hari Selasa, seorang pelajar universiti diculik apabila dituduh cuba mengebom keretapi ringan al-Quds pada bulan lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts