3 Mei – Sekurang-kurangnya 13 warga awam Palestin ditahan pasukan Israel pada pagi Isnin (3 /5), ketika pasukan askar Israel melakukan pencerobohan di kawasan penempatan masyarakat di West Bank. Sumber-sumber Palestin melaporkan pencerobohan termasuk berlanjutan ke bandar-bandar Bethlehem dan Hebron, selatan Tebing Barat serta Qalqilia di utara. Di antara mereka yang ditangkap pada hari tersebut termasuk tiga orang kanak-kanak.
Empat orang lelaki dan tiga orang kanak-kanak Palestin ditangkap oleh tentera Israel saat mereka lakukan serbuan dari rumah ke rumah di Hebron dan bandar berhampiran Beit Omer. Lima yang lain diambil dari Betlehem dan Qalqilia.
Radio tentera Israel mengumumkan bahawa semua orang ditangkap hari ini dipindahkan ke pusat tahanan tentera untuk disoalsiasat. (PNN)