1,300 pendatang Yahudi serbu makam di kota Nablus

NABLUS, 30 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis mengiringi 20 buah bas yang membawa kira-kira 1,300 orang pendatang Yahudi menyerbu tapak bersejarah Arab di timur kota Nablus untuk melakukan ritual dan pesta Talmud awal pagi tadi.

Pendatang Yahudi percaya makam tersebut sebagai tempat bersemadi Nabi Yusuf, sedangkan penduduk Palestin mendakwa ianya adalah perkuburan seorang tokoh agama bernama Sheikh Yousef Duwaik.

Selain itu, para pendatang buat pertama kali mengunjungi tapak bersejarah di Tell Balata, iaitu kawasan tinggalan sejarah kota kuno kaum Arab Kanaan.

Sebelumnya, tentera Zionis dikerah berkawal di jalan-jalan di kota Nablus sejak waktu malam. Pertempuran dengan penduduk Palestin tercetus sepanjang malam, di mana seorang penduduk Palestin telah ditangkap.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts