135 pelampau Yahudi ceroboh al-Aqsa, Yehuda Glick lakukan ritual di luar pintu

AL-QUDS, 23 Ogos 2017 — Seramai 135 pelampau Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa dalam beberapa kumpulan berasingan pagi tadi, dengan dikawal oleh pasukan polis Zionis.

Pada masa yang sama Ahli Parlimen Zionis dari puak ultra nasionalis, Yehuda Glick, bersama sekumpulan wanita Yahudi melakukan ritual di luar Pintu al-Qattaneen di Masjid al-Aqsa dengan dilindungi oleh pasukan polis pagi tadi.

Rejim Zionis melarang semua anggota parlimennya daripada memasuki tapak suci umat Islam itu sejak Julai 2015.

Glick, seorang pendatang Yahudi dari Amerika yang tinggal di penempatan haram Otniel, telah melawat kawasan tapak suci itu minggu lalu sebagai membantah larangan tersebut.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts