14 cedera ditembak oleh tentera Zionis dalam perhimpunan di tengah Gaza

GAZA, 19 Sep 2018 — Seramai 14 orang tercedera apabila tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah kumpulan pemuda Palestin berdekatan kawasan pagar sempadan di Deir Balah, tengah Gaza petang semalam.

Sekurang-kurangnya lapan orang cedera akibat ditembak, sementara enam yang lain mengalami sesak nafas.

Dalam perhimpunan yang bermula sejak tengahari itu, pemuda-pemuda Gaza berjaya membakar tayar untuk menghalang penglihatan pasukan penembak tepat tentera Zionis. Mereka juga memotong pagar yang dipasang oleh tentera Zionis.

Perhimpunan Great Return March (GRM) dilancarkan pada 30 Mac lalu, di lima lokasi di sepanjang kawasan sempadan timur Gaza. Ia bertujuan untuk mendesak dihentikan sekatan ke atas Gaza yang berterusan sejak 12 tahun lalu, serta membenarkan para pelarian kembali ke tanah asal mereka.

Sejak GRM bermula, seramai 188 penduduk Palestin telah terbunuh, termasuk 27 kanak-kanak, dan lebih 19,000 yang lain tercedera.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts