14 penduduk Palestin diculik

BEIT LAHM, 24 Sep 2017 — Tentera penjajah Zionis menjalankan kempen harian mereka memburu penduduk Palestin sepanjang malam tadi, di mana sebilangan rumah dipecah masuk dan sekurang-kurangnya 14 penduduk diculik.

Tentera penjajah dan pasukan perisik Shin Bet menuduh 12 daripada mereka yang diculik telah membuat serangan atau merancang untuk menyerang penduduk Yahudi.

Seramai empat mangsa diculik dari beberapa kawasan di wilayah Beit Lahm, enam yang lain termasuk seorang jurnalis ditangkap dari kota Qalqiliya dan bandar Jayyous yang berdekatan.

Dalam kejadian di Qalqiliya, tentera memecah masuk dan menggeledah rumah junalis Ragheed Tabisa, merampas telefon dan barangan peribadi sebelum menculik beliau.

Manakala di al-Khalil, beberapa buah rumah dan kedai dipecah masuk dan seorang pemuda diculik, sementara bebarapa yang lain diarah hadir untuk disoal siasat oleh Shin Bet.

Pemuda Mamoun al-Natsheh diculik di sebatang jalan di kejiranan Tel Rumeida selepas dituduh membawa sebilah pisau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts