14 penduduk Palestin termasuk Ahli Majlis al-Khalil diculik

AL-KHALIL, 5 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 14 penduduk Palestin, termasuk seorang Ahli Majlis kota al-Khalil, di beberapa wilayah Tebing Barat awal pagi tadi.

Pasukan tentera menyerbu kawasan kejiranan Palestin dan memecah masuk serta menggeledah rumah, serta memasang sekatan jalan terutamanya di wilayah al-Khalil. Dalam serbuan di bandar Doura, tentera mendakwa telah menjumpai senjata-senjata buatan sendiri.

Mereka turut menculik Ahli Majlis kota al-Khalil, Suzan Ahmad al-‘Oweiwi, serta Mo’men Mousa al-Atrash dan Karam Mahmoud Amro. Adik kepada syuhada Ameer Omar Shehada yang telah dibunuh oleh tentera Zionis pada 10 Mac lalu juga diculik.

Di selatan Beit Lahm, tentera Zionis menceroboh masuk kem pelarian Deheishe dan menembak seorang pemuda Palestin dengan peluru hidup dalam satu operasi memecah masuk rumah-rumah penduduk Palestin.

Juga di selatan Beit Lahm, tentera Zionis mengarahkan kanak-kanak Ahmad Fahed Abu Mfarreh, 15, dari bandar Teqoua’ supaya hadir ke pengkalan tentera Etzion di utara Beit Lahm untuk disoal siasat. Tentera turut menculik ayah beliau, Fahed, 47.

Berikut adalah senarai mangsa penculikan malam tadi:

  1. Luay Zoheir al-Qarm, 34, dari perkampungan Jilqamous, timur Jenin.
  2. Mohammad Mahmoud Ayyad, dari bandar Abu Dis di Baitulmaqdis.
  3. Suzan al-‘Oweiwi, 39, dari al-Khalil.
  4. Mo’men Mousa al-Atrash dari al-Khalil.
  5. Karam Mahmoud Amro dari al-Khalil.
  6. Ibrahim Shehada, dari perkampungan Orif, selatan Nablus.
  7. Mahmoud Wajeeh Tamimi, dari Nabi Saleh, barat laut Ramallah.
  8. Mo’tasem Khalil Tamimi, dari Nabi Saleh.
  9. ‘Assem Sameeh Tamimi, dari Nabi Saleh.
  10. Baha’ Mohammad Tamimi, dari Nabi Saleh.
  11. Wisam Eyad Tamimi, dari Nabi Saleh.
  12. Fahed Abu Mfarreh, 47, dari Teqoua, tenggara Beit Lahm.
  13. Hussein Khaled Abdul-Khalil, 19, dari Teqoua, tenggara Beit Lahm.
  14. Mohammad Khaled Hajahja, 19, dari Teqoua, tenggara Beit Lahm.

(IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts