14 penduduk Palestin termasuk jurnalis wanita diculik oleh tentera Zionis

BAITULMAQDIS, 24 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 14 penduduk Palestin, termasuk seorang jurnalis wanita, dari beberapa wilayah Tebing Barat awal pagi tadi.

Dalam kejadian di kota al-Khalil, tentera Zionis memecah masuk rumah Hazem al-Fakhouri dan menangkap isterinya, Lama Khater. Lama adalah seorang jurnalis dan penulis terkenal di Palestin. Tentera turut memecah masuk rumah dan menculik pemipin kanan Hamas, Nazar Shahada.

Sementara itu, tentera Zionis membina sekatan-sekatan jalan di laluan masuk utara dan selatan al-Khalil serta laluan masuk utama ke bandar-bandar Sa’ir, Yatta dan Halhul.

Manakala di kota Beit Lahm, empat pemuda Palestin diculik dari rumah mereka. Mangsa-mangsa adalah Majd Ayyad, Mohamed Ayyad, Mahmoud al-Jawarish dan Muhanad al-Huraimi. Seorang lagi penduduk Palestin diculik dari bandar al-Khader di selatan Beit Lahm.

Di Ramallah pula, sebanyak 15 buah kenderaan peronda tentera Zionis menyerbu bandar Abu Qash dan memecah masuk sebuah apartmen untuk menangkap dua orang siswa, termasuk ketua perwakilan pelajar Universiti Birzeit, Yahya Rabie.

Bagaimanapun mereka gagal membuat tangkapan dan berundur keluar.

Di Tulkarem, dua orang siswa Mohamed Laymoun dan Omar Lafdawi diculik dari rumah mereka di bandar Jayyous. Tentera Zionis turut menggeledah rumah-rumah di Nur Shams, timur Tulkarem, namun tiada tangkapan dibuat.

(PIC, Alray, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts