14 penduduk Tebing Barat ditangkap

BEIT LAHM, 24 Apr 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menangkap sekurang-kurangnya 14 orang dan menggeledah sebilangan rumah penduduk Palestin di Tebing Barat dalam operasi sepanjang malam tadi.

Seorang pemuda dari bandar Beit Ummar di kota al-Khalil, Ahmad Adil al-Zaaqiq, 18, turut ditangkap setelah beliau menurut arahan tentera supaya hadir ke pusat tahanan Gush Etzion. Arahan tersebut diserah kepada bapanya minggu lalu setelah tentera memecah masuk dan menggelesah rumahnya untuk memburu Ahmad Adil.

Sejak awal tahun ini, tentera Zionis menjalankan purata 78 serbuan setiap minggu ke atas kawasan bandar, perkampungan dan kem pelarian Palestin.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts