AL-KHALIL, 28 Jun 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 14 penduduk Palestin termasuk Ahli Parlimen Hamas, Mohamed Bader, dalam operasi di seluruh Tebing Barat malam tadi.
Tentera memecah masuk dan menggeledah rumah Mohamed Bader awal pagi tadi, mengurung semua ahli keluarganya di dalam sebuah bilik, sebelum menggari dan membawa beliau lari dengan sebuah jip.
Beberapa penduduk lain di wilayah al-Khalil termasuk bekas tahanan dan aktivis Hamas turut diculik.