14 termasuk 2 wanita diculik di Tebing Barat

RAMALLAH, 28 Dis 2015 (PIC) — Tentera Zionis menculik seramai 14 penduduk Palestin, dua daripadanya adalah wanita, dalam operasi di daerah berbeza di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Sekurang-kurangnya tujuh orang diculik dari Al-Khalil, termasuk dua orang kanak-kanak. Dua lagi ditahan di Ramallah. Manakala dua pemuda lain ditangkap di rumah mereka Tulkarem an Salfit.

Seorang pemuda diculik dari kem pelarian skar di Nablus, dan seorang wanita yang belum dikenal pasti ditangkap berdekatan Qalqilia.

Sepanjang tiga hari lalu, seramai 47 penduduk Palestin diculik oleh tentera Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts