KOTA BAITULMAQDIS, 29 Julai 2020 — Sekitar 140 pendatang Yahudi menyerbu dan menceroboh masuk eprakrangan Msjid al-Aqda pagi tadi, diiring oleh beberapa orang rabai pelampau.
Mereka diiring masuk oleh pasukan polis dalam gerombolan berbeza pada sesi jam 10:00 pagi dan selepas para jemaah selesai menunaikan solat Zuhur.
Dalam perkembangan yang luar biasa, seramai 38 pendatang Yahudi dilaporkan menceroboh masuk pada waktu lewat petang, di mana pasukan polis Zionis cuba mengusir para jemaah keluar.
Kumpulan-kumpulan pelampau Yahudi menyeru pencerobohan besar-besaran ke atas tapak suci umat Islam itu kononnya bagi memperingati peristiwa kemusnahan kuil mereka, yang jatuh pada hari Arafah (Khamis).
(Palinfo)