140 pendatang Yahudi lakukan ritual di Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 30 Okt 2018 — Gerombolan 140 pendatang Yahudi diiring oleh pasukan polis Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Mereka berarak secara provokatif di atas tapak suci umat Islam itu sambil melakukan ritual Talmud berdekatan Pintu al-Rahma. Pasukan besar polis Zionis bertebaran di perkarangan masjid, sehinggalah semua penceroboh beredar keluar melalui Pintu al-Silsilah.

Semalam, kumpulan-kumpulan pelampau Yahudi menghasut pencerobohan secara besar-besaran ke dalam Masjid al-Aqsa sempena bermulanya kempen pilihanraya majlis tempatan Zionis.

(PIC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts