146 Penduduk Palestin Cedera Bertempur Tentera Zionis

RAMALLAH, 11 Dis 2017 — Sekurang-kurangnya 146 penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza cedera dalam pertempuran dengan tentera Zionis hari ini, ketika mengadakan perhimpunan membanah pengisytiharan kota al-Quds sebagai ibukota negara haram Zionis.

Seramai 146 orang ditembak, 77 daripada mereka di Tebing Barat dan 69 yang lain di Gaza.

Di kota al-Bireh, seramai enam orang cedera apabila dalam pertempuran di laluan masuk utara kota tersebut susulan perhimpuan bantahan di Universiti Birzeit.

Dalam kejadian di kota al-Khalil, jurufoto Naser al-Shyouki ditembak dengan peluru hidup di baagian bahunya.

Sementara di barat Tulkarem, tentera Zionis menyerang pemuda-pemuda Palestin dengan tembakan gas pemedih mata serta peluru hidup dan peluru getah, menyebabkan beberapa orang cedera dan sesak nafas. Pertempuran turut tercetus berdekatan Tembok Pemisah di bandar Zaita dan Qaffin di utara Tulkarem.

Pertempuran juga tercetus selama lima hari berturut-turut di sekatan Huwara dan Beit Furik di wilayah Nablus, di mana pemuda-pemuda Palestin membalas tembakan gas pemedih mata oleh tentera Zionis dengan membaling batu dan membakar tayar. Manakala di timur Nablus, pemuda-pemuda Palestin menyekat laluan yang digunakan oleh pendatang Yahudi di bandar Salem.

Di Gaza pula, seramai 49 orang cedera apabila menjadai sasaran tembakan gas pemdih mata serta peluru hidup dan peluru getah dalam perhimpunan bantahan di sepanjang pagar sempadan.

Seramai 150 penduduk Palestin telah ditangkap dan lebih 1200 yang lain cedera, 150 daripada mereka ditembak dengan peluru hidup, dalam pertempuran sejak Presiden Amerika Donald Trump mengisytihar kota suci al-Quds sebagai ibukota negera haram Zionis pada 5 Disember lalu.

(Sumber: IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts