15 diculik dalam operasi sepajang malam di Tebing Barat dan al-Quds

BEIT LAHM, 2 Jun 2016 (Maan) — Sekurang-kurangnya 13 penduduk Palestin diculik dalam operasi tentera Zionis di Tebing Barat dan al-Quds sepanjang malam tadi.

Tujuh orang ditahan di Jenin, tiga di Tulkarem, dua di al-Khalil dan seorang lagi di Ramallah. Manakala di al-Quds, dua pemuda ditahan. Salah seorang daripadanya ditangkap di sebuah stesen bas atas tuduhan membawa sebilah pisau.

Di Tulkarem, tentera Zionis menceroboh masuk bandar Farun dan menyerah notis amaran kepada penduduk bahawa mereka akan dikenakan hukuman secara kolektif sekiranya kenderaan tentera yang beroperasi di kawasan penempatan haram berdekatan dibaling batu.

Sehingga April lalu, dianggarkan 7,000 penduduk Palestin merengkok dalam penjara Zionis. Secara keseluruhan, 40% daripada lelaki Palestin, termasuk kanak-kanak, pernah ditahan dalam penjara sepanjang hidup mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts