15 ditangkap di seluruh Tebing Barat

TEBING BARAT, 23 Mei 2016 (PIC) — Tentera penjaha Zionis hari ini menangkap seramai 15 penduduk Palestin di seluruh Tebing Barat.

Kenyataan Persatuan Tahanan Palestin menyebut sekurang-kurangnya lima penduduk al-Quds ditangkap di bandar Issawiya, manakala tiga lagi di Tukarem.

Tiga lagi ditahan di Jenin dan dua remaja ditangkap di Ramallah dan al-Bireh. Dua pemuda lain ditangkap di Beit Lahm dan Nablus.

Operasi menceroboh masuk dan mencari suspek Palestin secara ganas dilakukan bandar Beit Lahm di mana beberapa buah kedai dan rumah dipecah masuk dan digeledah, dan kamera keselamatan dirampas. Sekurang-kurangnya seorang pemuda diarahkan hadir untuk disoal siasat.

Tentera Zionis turut mengugut untuk mengenakan hukuman secara kolektif sekiranya serangan membaling batu ke atas pasukan peronda mereka tidak dihentikan.

Beit Lahm dan al-Khalil menyaksikan kempen pencerobohan secara ganas sepanjang malam, setelah mereka mendakwa sebuah bas membawa pendatang ditembak oleh penduduk Palestin.

Kempen yang sama turut dilakukan di bandar Jenin awal pagi tadi, di mana tiga pemuda ditangkap setelah pihak tentera memecah masuk dan menggeledah rumah mereka.

Sementara itu seramai 50 anggota polis Zionis menyerang masuk bandar Silwan di al-Quds Timur dan menangkap dua beradik. Seorang penduduk dikejarkan ke hospital setelah terkena tembakan peluru getah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts