TUBAS, 21 Sep 2016 (PIC) — Sebanyak 15 keluarga Palestin di utara Lembah Jordan kehilangan tempat tinggal apabila dipaksa keluar meninggalkan rumah mereka bagi memberi laluan kepada latihan tentera Zionis.
Sungguhpun pihak penjajah mendakwa arahan tersebut adalah untuk tempoh sementara, ia dilihat sebagai satu helah untuk menduduki kawasan tersebut.
Penduduk tidak mempunyai tempat lain untuk berteduh.