TUBAS, 20 Dis 2016 (Maan) — Seramai 85 orang penduduk Palestin dari 15 buah keluarga di Khirbet Ibziq di utara Tubas diperintah meninggalkan rumah mereka selama dua hari mulai esok bagi memberi laluan kepada latihan tentera.
Aktiviti seharian penduduk Palestin di Tubas, yang merupakan pusat kegiatan pertanian Tebing Barat, terganggu kerana latihan tentera diadakan di kawasan mereka terutamanya sejak bulan lalu. Walaupun terletak dalam wilayah Tebing Barat, lebih 44% kawasan Lembah Jordan dikuasai oleh rejim Zionis untuk tujuan ketenteraan.