15 Penduduk Palestin Ditangkap

NABLUS, 2 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis menangkap sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin dalam operasi di beberapa wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis sepanjang malam tadi.

Seramai tiga orang ditangkap dari wilayah al-Khalil di selatan Tebing Barat, iaitu Salim al-Rujoub dari bandar Dura, dan Muhammad Ahmad al-Jabri serta Ihab Kamal al-Jawabreh dari kem pelarian al-Arroub.

Di Beit Lahm, dua pemuda ditangkap dari kem pelarian Aida iaitu Ahmad Mustafa Malash dan Ahmad Lutfi Daamseh.

Manakala empat orang ditangkap dari bandar Anata di Baitulmaqdis, termasuk tiga orang sekeluarga iaitu Muhammad Thiab al-Sheik beserta isteri dan anak perempuannya. Tentera turut merampas wang tunai bernilai ribuan shekel.

Di utara Tebing Barat, pasukan tentera menutup laluan masuk ke utara bandar Madama yang terletak di selatan wilayah Nablus, buat kali kedua dalam tempoh 24 jam dan menghalang pergerakan keluar-masuk tanpa memberi sebarang alasan.

Gerombolan besar tentera Zionis menyerbu bandar Arraba di selatan Jenin sambil melepaskan tembakan peluru hidup dan bom pelali serta bom cahaya, sehingga menimbulkan suasana tegang.

Sementara itu tiga buah kenderaan peronda tentera Zionis turut menceroboh masuk bandar Kafr Qaddum di timur Qalqilya, melepaskan tembakan bom pelali secara provokatif.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts