15 penduduk Tebing Barat dan al-Quds diculik

RAMALLAH, 4 Apr 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin dalam operasi di Tebing Barat dan al-Quds malam tadi.

Lima orang ditangkap dari perkampungan Far’un di Tulkarem dan kem pelarian Jalazone di Ramallah, manakala dua pemuda diculik dari kem pelarian Shuafat berdekatan al-Quds dan kem pelarian al-Arroub di al-Khalil.

Manakala dua pemuda dari keluarga Shamas’neh diculik dari rumah mereka di bandar Qatanna.

Tentera turut memasang sekatan jalan selama dua jam di utara bandar Halhul dan berdekatan penempatan haram Karmi Tzur di wilayah al-Khalil, menahan dan memeriksa semua kenderaan penduduk Palestin.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts