15 penduduk Tebing Barat termasuk 2 ahli keluarga Muhammad Turkman ditangkap

AL-KHALIL, 1 Nov 2016 (Maan) — Sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin termasuk seorang kanak-kanak 14 tahun dan seorang warga emas 70 tahun serta dua ahli keluarga Muhammad Turkman ditangkap oleh tentera Zionis dalam operasi di seluruh Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Lima daripada mangsa ditangkap di kota al-Khalil, iaitu Muhammad Adnan Rajoub, al-Ghadanfar Eikhman Abu Atwan, 23, Anas Taysir al-Awawda, 21, Atiyeh Abu Warda, 14, dan Harbi Abd al-Muti al-Jamal, 70. Harbi adalah seorang pesakit jantung dan kencing manis.

Tentera Zionis turut menangkap dua ahli keluarga anggota polis Pihak Berkuasa Palestin, Muhammad Turkman, yang ditembak mati di bandar Qabatiya, Jenin, semalam.

Empat yang lain ditangkap di wilayah Tubas dan tiga lagi di Nablus.

Menurut perangkaan PBB, tentera Zionis menjalankan 178 operasi menangkap penduduk Palestin dari 4 hingga 17 Oktober lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts