15 penduduk Tebing diculik

RAMALLAH, 11 Mei 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menculik 15 penduduk Palestin di beberapa wilayah Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Seorang ditangkap dari kem pelarian Tulkarem, tiga dari bandar Kafr Qaddum di barat wilayah Nablus, dua dari Kifl Haris di barat Salfit, dan dua lagi dari perkampungan Qalandiya dan Abwein di utara Ramallah.

Tujuh yang lain ditahan di perkampungan Beit Surik di barat laut al-Quds serta bandar Beit Fajjar, al-Khader dan Husan di wilayah Beit Lahm. Manakala seorang pensyarah diculik ketika melintas sempadan Jordan di Allenby.

Di Ramallah, tentera penjajah menutup sebuah kedai di bandar Rantis atas alasan ia digunakan sebagai tempat untuk merancang serangan ke atas rejim Zionis.

Tentera turut mendakwa mereka telah menutup sebuah bengkel besi di kota al-Khalil kerana digunakan untuk membuat senjata.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts