150 penduduk Palestin ditangkap kerana tulisan dalam Facebook

RAMALLAH, 13 Mcc 2016 (PIC) — Polis Zionis menangkap 150 orang penduduk Palestin kerana tulisan mereka di laman media sosial Facebook. Sebahagian daripada mereka didakwa membuat hasutan terhadap rejim penjajah dan sebahagian yang lain ditahan di bawah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan atau perbicaraan.

Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin dalam kenyataan mereka semalam menyebut bahawa pihak polis rejim telah membentuk “Pasukan Siber Arab” bagi mengesan jaringan-jaringan sosial penduduk Palestin. Mereka memberi tumpuan khusus kepada penduduk Al-Quds, seiring dengan polisi rejim memberi tekanan kepada penduduk Palestin di kota suci itu.

Antara hukuman yang dikenakan terhadap mereka adalah dengan membuang kerja bagi mereka yang bekerja di dalam wilayah jajahan 1948, atau mengusir keluar dari kawasan kejiranan mereka di al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts