15,000 Yahudi cemari Masjid Ibrahimi bersempena Yom Kippur

AL-KHALIL, 17 Sep 2018 — Seramai 15,000 Yahudi ultra-Ortodoks menceroboh masuk dan mencemari Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil semalam, menjelang hari perayaan Yom Kippur.

Mereka diiring oleh pasukan tentera Zionis, kononnya bagi meningkatkan langkah keselamatan ketika penganut Yahudi melakukan upacara ritual Talmud di situ.

Seramai 5,000 puak Haredim, iaitu kumpulan ultra-Ortodoks yang mengamal undang-undang tradisi Yahudi dan menolak rejim Zionis sebagai pihak berkuasa dalam hal agama, turut menyertai pencerobohan tersebut.

Bulan lalu, rejim Zionis menutup Masjid Ibrahimi dan mengharamkan laungan azan, serta menghalang para jemaah mendirikan solat di situ sebagai persediaan menyambut Yom Kippur.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts