150,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid al-Aqsa, ribuan yang lain dihalang masuk al-Quds

AL-QUDS, 6 Julai 2016 (PIC) — Ribuan penduduk Islam mendirikan solat sunat Aidilfitri di Masjid al-Aqsa, manakala ribuan yang lain dihalang memasuki wilayah al-Quds untuk menuju ke masjid suci itu.

Jabatan Wakaf menganggarkan seramai 150,000 jemaah telah berjaya melepasi halangan pasukan keselamatan Zionis dan memasuki al-Aqsa, di mana mereka tiba sejak waktu Subuh.

Polis Zionis mengisytiharkan mereka akan mengambil langkah mengetat kawalan di seluruh al-Quds sepanjang musim perayaan Adilfitri, serta menutup laluan masuk utama bagi menghalang penduduk Islam berkunjung ke al-Quds dan Masjid al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts