150,000 penduduk termiskin Palestin bakal terputus bantuan makanan mulai Julai

NEW YORK, 14 Jun 2017 (PIC) — PBB hari ini mengeluarkan amaran bahawa World Food Program (WFP) terpaksa menggantung bantuan makanan untuk 150,000 penduduk termiskin di Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, mulai bulan Julai kerana kekurangan dana.

Kenyataan jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stéphane Dujarric, menyebut WFP memerlukan dana segera sebanyak US$ 6.6 juta bagi meneruskan bantuan untuk tempoh tiga bulan akan datang. Bantuan dalam bentuk baucar itu diagihkan kepada keluarga termiskin bukan pelarian di Gaza dan Tebing Barat, yang kebanyakannya berpendapatan kurang dari US$3.2 sehari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts