157 Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 1 Dis 2016 (PIC) — Pasukan khas polis Zionis mengepung perkarangan Masjid al-Aqsa dan mengiringi sekurang-kurangnya 157 pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu pagi tadi.

Polis menutup Pintu al-Maghareebah setelah 119 pendatang Yahudi, 26 pelajar dan dua orang pegawai perisik Zionis menyerbu masuk. Mereka mencemar perkarangan masjid suci itu dengan melakukan ritual secara provokatif, sehingga para jemaah cuba menghalang dengan melaungkan takbir Allahu Akbar.

Pada masa yang sama sebilangan Muslimat masih dihalang memasuki masjid sejak beberapa bulan lalu.

Seramai 1,346 orang Yahudi menceroboh masuk al-Aqsa sepanjang bulan November baru lalu.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts