16 keluarga Palestin dipaksa kosongkan rumah bagi latihan tentera

TUBAS, 26 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis memaksa 16 keluarga Palestin mengosongkan rumah mereka di perkampungan Khirbet Humsa al-Fouqa di utara Lembah Jordan, atas alasan untuk memberi laluan kepada latihan tentera.

Keluarga terbabit, seramai 103 orang, dipaksa keluar dari rumah mereka pada jam 6:00 pagi, dan tidak dibenarkan pulang sehingga pasukan tentera selesai menjalani latihan perang mereka.

Sepanjang dua bulan lalu, tentera Zionis telah menjalankan tiga sesi latihan di Lembah Jordan.

Bagaimanapun kumpulan-kumpulan hak asasi mendakwa latihan seumpama itu adalah satu bentuk helah untuk memaksa penduduk Palestin meninggalkan tanah mereka.

(PIC, PNN)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts