16 keluarga Palestin dipaksa tinggalkan rumah

LEMBAH JORDAN, 5 Mac 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini memaksa 16 keluarga Badwi Palestin meninggalkan rumah mereka yang terletak di Khirbit Ibziq di timur Tubas, atas alasan untuk mengadakan latihan di situ.

Tindakan tersebut menyebabkan seramai 90 ahli keluarga kehilangan tempat berteduh sepanjang tempoh latihan dari pagi Isnin sehingga lewat hari Rabu.

Penduduk melihat tindakan tersebut sebenarnya bertujuan untuk menghalau mereka keluar dan merampas tanah untuk penempatan Yahudi.

Latihan tentera lazimnya menyebabkan kerosakan harta yang besar, terutamanya tanaman, ternakan dan tanah pertanian milik penduduk.

(IMEMC, PIC, PNN, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts