16 penduduk Palestin termasuk 2 kanak-kanak ditangkap

AL-KHALIL, 21 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis menangkap 16 penduduk Palestin termasuk dua kanak-kanak di selatan Tebing Barat awal pagi tadi, atas tuduhan terlibat dengan aktiviti anti-penjajahan.

Tentera Zionis menyerbu beberapa lokasi di wilayah al-Khalil, menangkap dua kanak-kanak berumur 15 tahun, Nour Abu Sham’a dan Jaber al-Badawi, dari kem pelarian al-Aroub sebelum dilarikan ke pusat tahanan Etzion.

Mereka turut memecah masuk rumah Ayyad Oweidat di kem tersebut dan kemudian menangkap beliau. Dua lagi penduduk iaitu Mohammed Fdeilat dan Kamal al-Titi diarah hadir ke pusat perisikan Zionis.

Di Beit Lahm, seorang lagi penduduk dari bandar Beit Sahour diarah hadir ke pusat interogasi setelah tentera memecah masuk dan menggeledah rumah beliau.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts