16 penduduk Palestin termasuk warga cacat penglihatan diculik

JENIN, 11 Sep 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 16 penduduk Tebing Barat dan al-Quds dalam operasi menyerbu dan memecah masuk rumah penduduk sepanjang malam tadi.

Dua orang bekas tahanan, Sheikh Izz addin Amarna dan Ghalib Muhammad Atatra diculik dari rumah mereka di bandar Yabad di selatan Jenin. Ezzedine adalah seorang yang cacat penglihatan.

Di Qabatiya tentera membina sekatan-sekatan jalan, di samping jet-jet perang berlegaran di udara sepanjang malam.

Pertempuran juga tercetus di kem pelarian Nour Shams di Tulkarem, di mana para pemdua Palestin diserang dengan tembakan gas pemedih mata.

Tiga orang remaja diculik dari kejiranan Silwan di kota al-Quds.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts