16 penduduk Tebing Barat & Baitulmaqdis ditangkap

JENIN, 3 Apr 2018 — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi menangkap 16 penduduk Palestin dalam serbuan di seluruh wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Kenyataan tentera Zionis menyebut 11 daripada mereka yang ditangkap telah terlibat dalam serangan ke atas tentera Zionis dan pendatang Yahudi.

Dalam kejadian di Salfit, tentera Zionis menyerbu perkampungan Qarawat Bani Hassan dan menangkap tiga pemuda setelah memecah masuk dan menggeledah rumah mereka.

Manakala di Tubas, empat penduduk Palestin ditangkap selepas tentera memecah masuk dan menggeledah rumah mereka. Sementara tiga orang kanak-kanak ditangkap dari bandar Qabatia di utara Jenin. Tiga lagi penduduk ditangkap dari wilayah Ramallah dan al-Khalil.

Di Baitulmaqdis, gerombolan besar tentera Zionis menyerbu bandar al-Issawiya, menggeledah beberapa buah rumah dan menangkap dua orang penduduk termasuk seorang kanak-kanak berumur 14 tahun.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts