16 penduduk Tebing Barat dan al-Quds diculik, termasuk bekas tahanan

TEBING BARAT, 8 Mac 2017 (PIC) — Sekurang-kurangnya 16 orang diculik dalam kempen besar-besaran tentera Zionis memburu penduduk Palestin, termasuk bekas tahanan, awal pagi tadi.

Beberapa buah rumah bekas tahanan Palestin di al-Khalil dipecah masuk, di mana penduduk ditahan untuk disoal siasat. Tiga bekas tahanan, Saad al-Qawasma, Abdul Karim al-Qawasma, dan Mohamed Abeid, diculik manakala pemuda Shadi al-Strash diculik dari kejiranan Abu Esneineh di selatan al-Khalil.

Tentera Zionis turut menyerbu masuk kawasan Balata al-Balad di timur wilayah Nablus pada jam 2:00 pagi dan menculik Thaer Issawi, 24, dan Youssef Dweikat.

Di wilayah Tulkarem, tentera penjajah menyerbu masuk bandar Balaa dan memasang beberapa sekatan jalan. Mereka turut memecah masuk ke dalam rumah seorang yang diburu, Mahdi Mer’i, dan menculik bapa dan beberapa orang adik-beradiknya.

Pelajar universiti, Ahmad Ezedine Amarna, 22, turut diculik dari bandar Yabad di barat daya Jenin. Anak kepada pemimpin Hamas Ezzedine Amarna ditangkap di sebuah sekatan jalan Nablus-Tulkarem.

Tentera Zionis turut menculik masing-masing seorang pemuda Palestin dari Tubas dan Beit Lahm.

Dalam kejadian di al-Quds, Nour Areikat diculik dari rumahnya di bandar Abu Dis di timur kota al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts