16 penduduk Tebing Barat diculik

RAMALLAH, 29 Apr 2018 — Tentera penjajah Zionis memecah masuk rumah-rumah dan menculik 16 penduduk Palestin dari beberapa wilayah Tebing Barat sepanjang awal pagi tadi.

Dalam kejadian di utara Ramallah, tentera Zionis menyerbu kem pelarian Jalazone di awal pagi dan menculik remaja Mohammed al-Hattab, Mu’az al-Ramahi dan Ayham Nakhla, yang semuanya berumur 17 tahun.

Mereka turut menculik empat pemuda ketika menyerbu perkampungan Harmala di timur Beit Lahm, serta mengarahkan beberapa yang lain supaya hadir ke pusat-pusat perisikan Zionis untuk di soal siasat.

Penculikan turut berlaku di perkampungan Qarawat Bani Hassan di Salfit.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts