16 pusat perubatan di Gaza gantung perkhidmatan

GAZA, 6 Feb 2018 — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza semalam mengumumkan bahawa tiga buah lagi pusat perubatan terpaksa menggantungkan perkhidmatan kerana masalah bekalan elektrik.

Sebelum ini, sebanyak 13 buah pusat kesihatan tidak dapat meneruskan perkhidmatan kerana masalah tersebut.

Manakala Hospital Beit Hanoun di utara Gaza ditutup sebahagiannya. Hanya Jabatan Kecemasan masih berfungsi, tetapi pada kapasiti minimal.

Dalam perkembangan lain, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa hospital-hospital di Gaza kini berhadapan dengan masalah kebanjiran pesakit-pesakit trauma. Di samping itu, 40% daripada 516 jenis ubat-ubat penting sudah kehabisan.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts