16 tahanan Palestin dipenjara dalam kurungan bersendirian

AL-QUDS, 17 Mei 2016 (PIC) — Kenyataan Persatuan Tahanan Palestin (PPS) hari ini menyebut bahawa pihak penjara Zionis masih menahan 16 penduduk Palestin dalam kurungan bersendirian di beberapa buah penjara.

Rejim Zionis lazimnya mengenakan kurungan bersendirian selama enam bulan, yang boleh dilanjutkan tempohnya.

Salah seorang tahanan, Issam Zein al-Din, masih ditahan bersendirian dalam keadaan yang sangat teruk sejak Mei 2014. Sungguhpun keadaan kesihatannya yang semakin merosot, pihak penjara tetap menafikan keluarganya untuk menziarahi beliau. Beliau ditangkap pada tahun 2006 dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Seorang lagi tahanan, Mohamed Abulrub, baharu dipindahkan ke penjara Ashkalon setelah dikurung bersendirian di penjara Megiddo selama dua bulan.

Undang-undang PBB yang dipanggil Mandela Rules menetapkan bahawa kurungan bersendirian hanya boleh digunakan sebagai pilihan terakhir setelah mendapat semakan oleh pihak bebas, untuk tempoh yang tidak melebihi 15 hari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts