AL-QUDS, 23 Ogos 2017 — Pasukan polis Zionis yang berkawal di Pintu al-Asbat menahan 160 pelajar yang cuba masuk mendaftar sesi persekolahan baharu di sekolah-sekolah yang terletak di perkarangan Masjid al-Aqsa, atas alasan mereka membawa buku-buku berkurikulum Palestin.
Ketua Jabatan Pendidikan al-Quds, Dr Najeh Bkeirat bersama guru Rubin Muhssin turut ditangkap dan dibawa ke sebuah pusat tahanan kerana menyeru para pelajar supaya tetap berjaga di luar Masjid al-Aqsa sehingga mereka dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah.
Pada masa yang sama, polis Zionis menyerbu Sekolah Anak-Anak Yatim Islam di Kota Lama dan menangkap dua orang pelajar.