Ringkasan

160 Peneroka Yahudi Ceroboh Masjid al-Aqsa

alrayAL-QUDS, 6 Jun 2014 — Seramai 160 peneroka Yahudi berarak dan menceroboh masuk ke perkarangan masjid al-Aqsa melalui Pintu Mughrabi pagi ini.

Pengarah Media bagi Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa, Mahmoud Abu al-Atta, melaporkan para peneroka Yahudi itu, termasuk 30 pelajar kolej, menceroboh masuk ke masjid melalui program pelancongan dan seterusnya cuba melakukan upacara keagamaan mereka di situ. Walau bagaimanapun para jemaaah masjid berjaya menghalang cubaan penceroboh Yahudi tersebut. Berikutan dengan insiden itu, pihak berkuasa rejim Zionis telah merampas lebih 40 kad pengenalan para jemaah.

Abu al-Atta juga mengeluarkan amaran kemungkinan penularan cubaan menceroboh oleh Yahudi dan pertempuran dengan para jemaah masjid. Beberapa institusi agama Yahudi secara kerap dan berterusan menyeru penganut mereka berbuat demikian.

Kebelakangan ini, peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan keselamatan Zionis telah beberapa kali menceroboh masuk ke dalam perkarangan komplek Masjid al-Aqsa, membuat provokasi dan menyebabkan pertempuran dengan para jemaah masjid.

——-

Sumber : Alray Palestinian Media Agency

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts