162 Pendatang Yahudi Ceroboh Masuk Al-Aqsa

AL-QUDS, 19 Dis 2017 — Seramai 163 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa dan melakukan ritual Talmud di kawasan pintu-pintu masuk, dengan dikawal ketat oleh pasukan keselamatan Zionis.

Segerombolan 91 pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu melalui Pintu al-Maghareebah di awal pagi.

Sementara Ahli Parlimen pelampau Yahudi, Yehuda Glick, tiba di Pintu al-Qattanin di Kota Lama al-Quds dengan diiring oleh segerombolan pendatang Yahudi, dan melakukan ritual Talmud sambil dikawal oleh pasukan polis.

Para jemaah membantah tindakan provokatif tersebut, di mana beberapa pemuda Palestin ditangkap oleh pasukan polis Zionis berdekatan Musolla al-Qibli di atas tapak suci itu.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts