168 rumah penduduk Palestin diroboh sepanjang 6 bulan pertama 2016

BEIT SAHOUR, 4 Ogos 2016 (AIC) — Laporan pertubuhan hak asasi B’Tselem mendedahkan bahawa rejim Zionis meroboh lebih banyak rumah penduduk Palestin dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2016 berbanding dengan keseluruhan tahun 2015.

Sejak Januari, sebanyak 168 buah rumah telah dimusnahkan di Tebing Barat, menyebabkan 740 orang termasuk kanak-kanak hilang tempat berteduh. Sebahagian daripada rumah terbabit dirobohkan lebih daripada sekali.

Berbanding dengan sepanjang tahun 2015, hanya sebanyak 125 buah rumah dimusnahkan, sekaligus meninggalkan 496 orang termasuk 287 kanak-kanak tanpa rumah.

Sejak 10 tahun lalu, sekurang-kurangnya 1,113 buah rumah penduduk Palestin di Tebing Barat telah diroboh. 5,199 orang termasuk 2,602 kanak-kanak hilang tempat tinggal.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts