17 diculik dalam operasi tentera Zionis di Tebing Barat dan al-Quds

AL-QUDS, 3 Julai 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis awal pagi Jumaat lalu menculik 17 penduduk Palestin dari rumah mereka dalam operasi di Tebing Barat dan al-Quds.

Sembilan penduduk al-Quds Timur diculik apabila tentera penjajah memecah masuk rumah mereka, dengan alasan mereka mengganggu ketenteraman awam dan membaling batu ke arah tentera Zionis.

Lapan lagi penduduk Palestin diculik di al-Khalil dan Beit Lahm, termasuk seorang pegawai polis Palestin dan saudara perempuan Muhammad Nasser Tarayra, remaja yang menikam mati pendatang Yahudi di penempatan haram Kiryat Arba beberapa hari lalu.

Seramai 58 orang penduduk Palestin yang ditangkap di Masjid al-Aqsa dan Kota Lama al-Quds sejak hari pertama sepuluh akhir Ramadan masih lagi ditahan oleh pihak rejim penjajah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts