17 penduduk Palestin diculik

QALQALIYA, 8 Mei 2017 (IMEMC) — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 17 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dalam operasi sepanjang malam tadi.

Pemuda Mos’ab Ma’zouz Dallal, 22, dari kota Qalqiliya di utara Tebing Barat diculik oleh sepasukan tentera berpakaian preman manakala remaja Mahmoud Ali Sabah, 18, dan Ja’far Yousef Sabah, 22, serta adiknya Yassin, 18, ditangkap setelah tentera memecah masuk dan menggeledah rumah penduduk di bandar Tequoa, timur Beit Lahm.

Lima yang lain diculik dari wilayah al-Khalil dan empat lagi di Tulkarem.

Sekurang-kurangnya lima orang ditangkap dalam operasi memburu penduduk Palestin secara besar-besaran di Kota Lama al-Quds, termasuk kawasan Bab Hatta, Sa’diyya dan al-Waad.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts