17 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis

RAMALLAH, 30 Okt 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 17 penduduk Palestin termasuk kanak-kanaknya dari beberapa wilayah terutamanya di utara Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Dalam kejadian di Baitulmaqdis, dua penduduk telah diculik iaitu Muhammad Hussein Askar dan Tahrir Kafah Askar.

Sementara di utara Tebing Barat, kanak-kanak Adham Hussein, 16, diculik dari daerah Qalailiya. Sementara dua lagi penduduk, Hazem Fawzi Fayiz Amer dan Muhammad Mahmoud Daraghmeh, diculik dari daerah Tubas.

Juga di utara Tebing Barat, dua orang diculik dari Tulkarem iaitu Samer Maaruf dan Abdullah Fuad Mahmoud.

Seramai lapan yang lain diculik dari Jenin iaitu Qadri Abed al-Jawar Khanfar, Salah Abed al-Hamid Abu Diak, Ihab Abed al-Manaam Rahal, Ahmad Walid Abu Diak, Adam Fawaz Khaled Hantouli, Fawwaz Khalid Hantouli, Tareq Raed Asba dan Hassan Ziad Hantouli.

(Maan, IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts