17 penduduk Tebing Barat dan Baitulmaqdis diculik

BEIT LAHM, 13 Mei 2018 — Tentera Zionis menculik sekurang-kurangnya 17 penduduk Palestin dari beberapa wilayah di Tebing Barat sepanjang awal pagi tadi.

Beberapa buah jip tentera menyerbu masuk perkampungan al-Asakra di timur Beit Lahm, memecah masuk rumah-rumah penduduk dan menculik dua remaja Yazan Khaled al-Kamel, 18, dan Ahmad Khalaf al-Kamel, 17.

Tentera Zionis turut memecah masuk dan menggeledah rumah penduduk di Qalqilya, utara Tebing Barat, dan menculik tiga pemuda Saif Hisham Adwan, Hamada Adam Badwan dan Mohannad Abu Shehab.

Di Jenin, tentera Zionis memecah masuk rumah-rumah penduduk di kawasan Khirbit Abdullah Younis di bandar Barta’a dan menculik Younis Raja Kabaha.

Penculikan turut berlaku di wilayah Nablus dan Ramallah.

Manakala di Baitulmaqdis, tentera Zionis menyerbu bandar Abu Dis dan menggeledah rumah-rumah penduduk sebelum menculik Mohammad Bader dan Jawhar Jawhar.

Seorang penjaga Masjid al-Aqsa, Mohammad Salhi, turut diculik selpas pasukan polis Zionis memukul beliau di atas tapak suci umat Islam itu.

(IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts