17 penduduk Tebing Barat dan Baitulmaqdis ditangkap

BEIT LAHM, 19 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis menangkap sekurang-kurangnya 17 penduduk Palestin dalam serbuan di seluruh wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis sepanjang malam tadi.

Seramai tiga orang ditangkap dari kota Qalqilya di utara Tebing Barat, manakala empat yang lain ditangkap dari wilayah Nablus di selatan Tebing Barat.

Di wilayah Beit Lahm, dua penduduk ditangkap dari bandar Beit Fajjar dan seorang lagi ditangkap dari bandar Tuqu.

Di Baitulmaqdis pula, seorang pemuda ditangkap dari bandar al-Ram, lima yang lain termasuk empat orang kanak-kanak ditangkap dari bandar Silwan, dan seorang lagi ditangkap dari kejiranan Issawiya.

Laporan PBB menunjukkan tentera Zionis telah mengadakan sebanyak 160 operasi mencari dan memburu penduduk Plaestin sepanjang tempoh dari 16 hingga 29 Januari lalu.

Sejak awal tahun 2018, mereka melakukan sebanyak purata 176 operasi dalam setiap dua minggu.

(Maan)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts