17 Yahudi cedera dalam serangan roket dari Gaza

GAZA, 12 Nov 2018 — Seramai 17 orang Yahudi dilaporkan tercedera, seorang daripadanya dalam keadaan parah, dalam puluhan serangan roket yang dilancarkan dari Gaza.

Sebutir roket anti-kereta kebal menyasarkan sebuah bas yang digunakan oleh tentera Zionis, menyebabkan kenderaan tersebut musnah sama sekali. Kenyataan rejim Zionis menyebut seramai 17 orang tercedera dalam serangan tersebut, salah seorang daripadanya dalam keadaan parah.

Sementara itu media Zionis, Yediot Ahranot, melaporkan lebih 200 roket dilancarkan ke selatan negara haram Zionis dalam tempoh dua jam lewat petang Isnin. Sekurang-kurangnya tiga orang tercedera, manakala beberapa buah bangunan rosak. Pendatang Yahudi diarah berada di kawasan-kawasan perlindungan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts