170 Unit Perumahan Baharu Yahudi di Timur Al-Quds

penempatanAL-QUDS, 19 Jun 2014 — Sebanyak 170 unit perumahan baharu telah diluluskan untuk dibina di kawasan penempatan haram Yahudi di Jabal Abu Ghneim di timur Al-Quds.

Setiap unit perumahan tersebut akan dibina setinggi tujuh hingga enam tingkat, menempatkan 36 hinga 50 buah apartmen setiap satu.

Sungguhpun penempatan haram Yahudi di kawasan al-Quds Timur merupakan perlangaran jelas terhadap perjanjian Oslo, perampasan tanah Palestin ini tidak mendapat sebarang reaksi bantahan daripada masyarakat dunia. Militan Yahudi menggunakan kekerasan dan keganasan liar dengan merosakkan rumah serta harta milik rakyat Palestin, dengan harapan untuk merampas tanah-tanah dan harta tersebut.

Baru-baru ini Amerika memberi teguran kepada rejim Zionis supaya menghentikan semua penempatan baharu. Dalam pertemuan dengan penyokong-penyokong generasi muda Parti Likud, Perdana Menteri Zionis Benjamin Natanyahu menyebut, “Saya telah diugut di Washington, tidak ada satu batu bata sekalipun [untuk pembinaan penempatan Yahudi]… selepas lima tahun, kita bina lebih dari satu batu bata….”

Penempatan khusus untuk Yahudi lazimnya di bina di wilayah Palestin yang dijajah dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967. Penempatan seperti ini wujud di Tebing Barat, Al-Quds Timur dan Bukit Golan.

———–

Sumber : Al-Ray

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts