173 Pelampau Yahudi Ceroboh Al-Aqsa Untuk Perayaan “Hari Keampunan”

AL-QUDS, 22 Sep 2015 (PIC) — Seramai 173 orang pelampau Yahudi menceroboh masuk ke Masjid Al-Aqsa awal pagi ini melalui Pintu Al-Magaribeh, dengan dikawal ketata oleh pasukan polis Zionis.

Sepertimana biasanya sebelum ini, mereka melakukan tinjauan di kawasan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu secara provokatif.

Pada jemaah masjid bertindak balas dengan melaungkan takbir Allahu Akbar. Dua daripada ahli jemaah ditahan dan diharamkan daripada memasuki kawasan masjid.

Semua lelaki Palestin yang berumur di bawah 40 tahun dan semua wanita, tidak kira usia, dihalang memasuki masjid ketika polis Zionis memberi laluan masuk kepada pelampau Yahudi.

Lebih banyak pencerobohan bakal dilakukan oleh pelampau Yahudi bagi menyambut hari perayaan mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts