GAZA, 14 Ogos 2018 — Laporan Kementerian Kesihatan Palestin menunjukkan bilangan penduduk Palestin yang terbunuh akibat tembakan tentera Zionis sejak bermulanya kempen Great Return March (GRM) pada 30 Mac lalu telah meningkat kepada 176 orang.
Laporan tersebut menyebut seramai 168 orang meninggal dunia di hospital, termasuk 17 kanak-kanak dan tiga wanita. Sementara lapan jenazah mangsa masih ditahan oleh rejim Zionis.
Lebih 18,000 orang termasuk 3,540 kanak-kanak dan 1,728 wanita tercedera, di mana 417 daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.
Seramai tiga staf perubatan turut terbunuh dan 370 yang lain tercedera.
Penduduk Gaza melancarkan kempen GRM pada 30 Mac lalu, menuntut hak untuk pulang ke tanah asal serta dihentikan sekatan ke atas Gaza.
Berikut adalah statistik lengkap serangan tentera Zionis ke atas kempen GRM sehingga 12 Ogos 2018:
Jumlah kematian: 176 orang, termasuk 27 kanak-kanak bawah 18 tahun dan tiga wanita.
Jumlah kecederaan: 18,006 orang, termasuk 3,540 kanak-kanak dan 1,728 wanita.
Status kecederaan:
- 417 parah
- 4,293 sederhana
- 13,296 cedera ringan.
Sasaran tembakan:
- 677 di bahagian kepala dan leher
- 391 di bahagian dada dan belakang
- 426 di bahagian abdomen dan pelvis
- 1,370 di bahagian atas anggota badan
- 5,862 di bahagian bawah anggota badan
- 1,690 di bahagian lain anggota badan
Punca kecederaan:
- 4,508 tembakan peluru hidup
- 529 tembakan peluru bersalut getah
- 7,590 sesak nafas serangan gas pemedih mata
- 5,379 kecederaan lain akibat serangan
Kes amputasi:
- 61 bahagian bawah anggota badan
- 2 bahagian atas anggota badan
- 6 bahagian tangan.
Sasaran petugas dan kemudahan perubatan:
- 3 kematian petugas perubatan
- 370 kecederaan akibat tembakan peluru hidup dan serangan gas pemedih mata
- 70 buah ambulan menjadi sasaran serangan.
(PIC)