18 diculik di Tebing Barat dan al-Quds

RAMALLAH, 28 Jun 2016 (PIC) — Tentera Zionis menculik sekurang-kurangnya 18 penduduk Palestin dalam operasi di Tebing Barat dan al-Quds sejak pagi Selasa sehingga malam tadi.

Seramai 11 pemuda Palestin ditangkap dan diculik sejurus mereka keluar dari Masjid al-Aqsa di al-Quds. Mereka dituduh terlibat dalam pertempuran di masjid suci itu.

Lima yang lain turut ditangkap dalam operasi sepanjang malam di al-Quds, menjadikan junlah tangkapan ke atas penduduk kota suci Islam itu seramai 16 orang dalam tempoh 24 jam lalu.

Tiga pemuda Palestin turut ditangkap di Beit Lahm, manakala dua lagi di Ramallah dan al-Bireh.

Seorang pemuda dari Tulkarem kerana memasuki Wilayah Palestin 1948 yang terjajah “tanpa permit.”

Pagi semalam, dua penduduk Ramallah ditangkap setelah pihak tentera penjajah memecah masuk sebuah rumah di perkampungan Nabi Saleh. Semua tahanan diculik dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts